Webhooks

Tahu terus bila sesuatu berlaku.

Mesej baru, contact baru, label ditambah, blast siap. Reply.la terus hantar ke Zapier, Make, n8n, Pabbly atau server anda sendiri, siap signed dan direkod.

Events

Tick event yang anda nak. Reply.la uruskan yang lain.

Pilih dari mesej, perbualan, contact, label, blast, AI handover dan nombor WhatsApp anda. Subscribe semua sekali, event baru yang ditambah nanti pun terus masuk.

  • 29 event untuk dipilih

    Merangkumi mesej, perbualan, contact, label, blast, AI handover, nombor WhatsApp, chatbot dan penggunaan token.

  • Tapis ikut nombor

    Set endpoint untuk nombor WhatsApp yang anda pilih, jadi cuma mesej, chat dan blast dari nombor tu je yang dihantar. Event peringkat akaun macam contact tetap sampai.

  • Serasi dengan tool yang anda dah guna

    Paste je URL panjang yang Pabbly, Zapier, Make dan n8n bagi. Mana-mana endpoint HTTPS boleh guna.

Delivery Log

Setiap delivery, ada bukti.

Setiap cubaan tunjuk status, response code dan nombor attempt. Gagal? Retry dengan satu klik. History disimpan 14 hari.

  • Cuba 3 kali, lepas tu ditanda failed

    Retry selepas 30 saat dan sekali lagi selepas 2 minit. Kalau masih gagal, ia direkod sebagai failed siap dengan sebabnya.

  • Endpoint yang mati tutup sendiri

    Kalau delivery asyik gagal berturut-turut, Reply.la matikan endpoint tu dan tunjuk notis dalam page Webhooks. Betulkan server anda, lepas tu on balik.

  • Hantar test event

    Hantar mana-mana event yang endpoint anda subscribe, dalam bentuk yang sama macam event sebenar, sebelum apa-apa berlaku betul-betul.

Keselamatan

Setiap delivery ada signature.

Setiap POST ada header X-Replyla-Signature: HMAC-SHA256 dari timestamp dan raw body. Server anda boleh pastikan ia memang dari Reply.la dan tolak replay. Secret boleh rotate bila-bila masa.

  • Secret ditunjuk sekali, rotate bila-bila masa

    Setiap endpoint ada secret sendiri yang bermula dengan whsec_, jadi secret scanner akan bagi amaran kalau ia tertiris ke repo public.

  • Elak kira dua kali dengan satu key

    occurrence_key kekal sama setiap kali event yang sama dihantar, jadi sistem anda tak kira dua kali.

  • HTTPS je

    Endpoint wajib guna HTTPS. Panduan verify langkah demi langkah untuk Node dan PHP ada dalam tab Docs di page yang sama.

Nak tarik data atau hantar mesej bila perlu? Guna REST API. More Info

Biar tool anda respon kepada WhatsApp secara real time

Tambah endpoint, tick event, dan tengok Delivery Log terisi.

Webhooks termasuk dalam plan Pro dan Business.

Chat dengan kami