MCP untuk AI Agent

AI assistant anda, buat kerja terus dalam Reply.la.

Sambung Claude atau ChatGPT guna MCP. Suruh dia check chat, reply customer, kemaskan contact atau improve chatbot. Apa yang dia boleh sentuh, anda yang tentukan.

Inbox

Tanya apa customer cakap. Suruh dia reply terus.

AI assistant cari customer, baca chat dan draf reply. Dia confirm ayat dengan anda dulu sebelum hantar, dan mesej tu keluar dalam Inbox macam biasa.

  • Baca dulu, baru tulis

    Dia tarik mesej terbaru dengan customer tu dan bagitahu siapa cakap apa: customer, chatbot, team anda atau system.

  • Ikut window 24 jam

    Kalau customer dah 24 jam tak mesej, reply biasa tak boleh dihantar. AI assistant boleh hantar template yang dah approved sebagai ganti.

  • Tanya anda dulu

    Setiap tool untuk hantar mesej suruh AI assistant confirm penerima dan ayat dengan anda dulu. Kalau nak dia tengok je, biarkan akses view sahaja.

Akses

Default view sahaja. Yang lain anda on sendiri.

Masa sambung, pilih view, edit atau send untuk Contacts, Templates, Messaging, Devices dan Chatbot, lepas tu confirm kat skrin approval. Nak ubah atau tarik balik pun boleh bila-bila masa.

  • Satu orang, satu organization

    Setiap connection milik orang yang approve dan untuk satu organization je. Data organization lain memang tak boleh dicapai.

  • Tak lebih dari akses orang tu

    Agent staff terhad ikut role dia sendiri. Kalau dia tak boleh delete contact dalam dashboard, agent dia pun tak boleh.

  • Owner sambung, sesiapa boleh putuskan

    Hanya owner boleh sambung agent baru, kecuali owner bagi permission tu pada role. Sesiapa pun boleh putuskan agent sendiri bila-bila masa.

Chatbot

Mata kedua untuk chatbot anda.

AI assistant boleh baca setting chatbot, test dalam Playground dan simpan penambahbaikan dalam draft. Takkan live selagi anda tak publish dari dashboard.

  • Draft je, bukan live

    Semua edit masuk draft. Dia tak boleh publish, dan tak boleh tukar AI model chatbot anda.

  • Test dalam Playground

    Dia run chatbot sebenar dalam Playground yang sama anda guna. Customer takkan terima apa-apa, cuma test ni guna AI token anda.

  • Guide dah siap

    Guide step-by-step tunjuk AI assistant cara build, improve, debug dan tulis chatbot, label contact, reply dan hantar template.

Nak chatbot sendiri update tool yang team anda guna masa tengah chat? Itu AI Tools

Suruh AI assistant anda buat kerja WhatsApp

Sambung Claude atau ChatGPT dari Integrations > MCP for AI Agents, pilih apa dia boleh buat, terus mula tanya.

MCP untuk AI Agent termasuk dalam plan Business.

Chat dengan kami