WhatsApp Business·

Cara Auto Reply WhatsApp Business (Siap Contoh Ayat Copy-Paste)

Cara setup greeting message, away message dan quick replies dalam WhatsApp Business, plus contoh ayat auto reply dalam BM yang boleh terus copy-paste.

Customer mesej masa anda tengah drive, tengah tidur, atau tengah layan customer lain. Kalau tak ada reply langsung, ramai yang terus cari kedai lain. Auto reply dalam WhatsApp Business at least bagitahu diorang mesej dah sampai.

3 jenis auto reply dalam WhatsApp Business

  • Greeting message: hantar automatik bila customer mesej anda kali pertama, atau lepas 14 hari tak chat.
  • Away message: hantar automatik bila anda tak available, contohnya lepas waktu kedai.
  • Quick replies: bukan automatik, tapi shortcut. Taip / dan pilih ayat yang dah simpan, tak payah taip panjang-panjang.

Cara setup greeting message

  1. Buka WhatsApp Business. Pergi Settings (atau tab Tools), pilih Business tools.
  2. Tekan Greeting message dan on kan Send greeting message.
  3. Tekan mesej tu untuk edit ayat. Copy contoh kat bawah pun boleh.
  4. Pilih siapa dapat: semua orang, atau orang yang tak ada dalam contact je.
  5. Tekan Save.

Cara setup away message

  1. Dalam Business tools, pilih Away message dan on kan.
  2. Edit ayat.
  3. Pilih bila nak hantar: Always send, Custom schedule, atau Outside of business hours. Yang last ni ikut waktu operasi dalam business profile anda, jadi pastikan dah set.
  4. Tekan Save.

Contoh ayat greeting message

Hi! Terima kasih mesej [Nama Kedai] 😊
Boleh bagitahu apa yang anda cari? Kami reply secepat mungkin.
Salam, terima kasih sudi contact kami!
Nak tengok katalog, tekan sini: [link katalog]
Ada soalan, terus tanya je ya.
Hi, welcome to [Nama Kedai]!
Untuk cepat, boleh share:
1. Produk yang anda minat
2. Kawasan anda (untuk kira postage)

Contoh ayat away message

Hi! Kami dah tutup buat masa ni.
Waktu operasi: Isnin - Sabtu, 9 pagi - 6 petang.
Tinggalkan mesej, esok pagi kami reply ya 🙏
Terima kasih mesej kami! Team tengah cuti umum hari ni.
Kami akan reply semua mesej esok. Maaf lambat sikit ya.
Hi, kami tengah sibuk layan customer sekarang.
Nanti kami reply secepat mungkin. Terima kasih sebab sabar!

Contoh quick replies

/harga
Harga [produk] RM[XX]. Beli 2 dapat RM[XX]. Postage Semenanjung RM8, Sabah/Sarawak RM15.
/bayar
Boleh bayar guna online transfer atau COD. Untuk transfer: [Nama Bank] [No Akaun] ([Nama]). Lepas bayar, send resit kat sini ya.
/lokasi
Kedai kami kat [alamat]. Google Maps: [link]. Parking ada depan kedai.

Limit auto reply WhatsApp Business

Auto reply ni hantar ayat yang sama je setiap kali. Customer tanya "Ada saiz M lagi?" pukul 11 malam, dia dapat "Kami dah tutup". Soalan dia tetap tak berjawab sampai esok.

Bila chat dah makin banyak, tu masa nak guna AI chatbot yang betul-betul jawab soalan ikut info bisnes anda, 24/7, guna nombor yang sama. Tu yang Reply.la buat. Dan kalau customer senyap lepas tanya, Auto Follow Up follow up untuk anda.

Chat dengan kami